Di Mekah kadar tukaran 0.79
Bermakna kalau tukar RM1000 akan dapat SAR790 sahaja.
Duit Malaysia terus menjunam.
Justeru berhati hati kalau ada yang kutip badal haji semurah RM1500 ke RM2500.
Kos sara hidup yang tinggi di Mekah, barang barang semua naik dan segala-galanya naik, orang Mekah pun fikir berkali kali kalau nak buat badal haji dengan upah serendah RM1500 ke RM2500.
Kalau SAR2500 mungkin orang Mekah boleh terima lagi.
Tapi kalau RM2500, Allahu Akbar...
Mungkin kita akan beri alasan,
"Tak kan nak buat benda baik pun nak berkira, tak kan nak naikkan harga, RM2500 cukuplah tu..termasuk hadiah sejadah, buah kurma, air zam zam dan lain lain..".
Tapi cuba kita diberi upah serendah itu utk melaksanakan sebuah perkerjaan yang memakan masa beberapa hari utk menyempurnakannya ?
Takut mereka terima upah serendah itu, tapi melaksanakannya 'cincai-cincai'.
Apa pun setakat ini, melalui perbualan saya dengan penduduk 'Muqimin' di Melah, mereka tidak berani lagi mahu terima badal haji.
Mereka tidak tahu apa SOP Kementerian Haji utk membolehkan mereka mengerjakan haji tahun ini.
Mereka takut kena tangkap bila masuk ke Arafah tanpa permit.
Ingat tuan puan, undang-undang Arab Saudi begitu keras.
Sekali sudah kena tangkap, langsung tidak boleh bawa bincang !
Sekian,
Ust Hj Mohd Hishamuddin bin Mansor
Mekah Al Mukarramah.
18/5/2022
0 comments