Barang-Barang Yang Dilarang Dibawa Ke Tanah Suci


1. Risalah, buku, gambar dan sebarang bentuk penerbitan yang mengandungi fahaman atau ideologi politik untuk tujuan propaganda.

2. Filem cinematografi, video atau CD.

3. Barang-barang dagangan termasuk barang-barang kemas.

4. Matawang Malaysia tunai tidak melebihi RM 2000.00.

5. Matawang asing tunai tidak melebihi RM 10,000.00.

6. Kad Pengenalan dan lesen memandu.

Di Dalam Kapal Terbang

URUSAN: Dalam Penerbangan.

1. Dilarang menghisap rokok dalam kapal terbang.

2. Tempat duduk mengikut zon warna (boarding pass) dan nombor tempat duduk.

3. Beg yang dibawa dengan tangan hendaklah disimpan di tempat yang disediakan (overhead compartment).

4. Sila patuhi arahan anak kapal berkenaan keselamatan dalam pesawat.

5. Sentiasa memakai tali pinggang keselamatan semasa di tempat duduk. Boleh bangun daripada tempat duduk untuk ke tandas atau meregangkan urat.

6. Makan minum adalah percuma.

7. Sentiasa tenang dan berehat serta banyakkan berzikir.

JIKA TERUS KE MAKKAH.

1. Berniat ihram untuk Haji atau Umrah selepas 6 jam pesawat berlepas atau satu jam sebelum mendarat atau sebaik mendengar pengumuman berkenaan miqat oleh anak kapal.

2. Jemaah haji yang berihram dan telah melafazkan niat, ditegah mengambil sapu tangan yang ada wangian untuk lap tangan atau muka jika disediakan oleh pihak penerbangan.

LARANGAN DALAM PENERBANGAN

1. Dilarang membawa bahan-bahan mudah terbakar seperti mancis, pemetik api dan alat-alat mengandungi minyak.

2. Senjata api dan barang-barang tajam seperti semua jenis pisau, adalah dilarang dibawa ke dalam pesawat.

3. Semua ubat-ubatan yang dibawa hendaklah mempunyai surat doktor dan dimasukkan dalam bagasi (beg pakaian). Jika ada ubat-ubat khas yang perlu dibawa untuk kegunaan semasa penerbangan, hendaklah dalam kuantiti yang secukupnya sahaja dan bawa surat pengesahan daripada doktor.

4. Buah-buahan atau makanan yang berbau seperti durian dan tempoyak juga adalah dilarang.

5. Pengurusan Jabatan Penerbangan Awam Malaysia telah menetapkan satu peraturan keselamatan berkaitan bagasi bimbit penumpang antarabangsa, penumpang dikehendaki mematuhi peraturan membawa bahan berasaskan cecair, gel dan aerosol, semasa di dalam kabin pesawat (tidak melebihi 100m1/100gm atau 3.4oz bagi saiz setiap bekas). Ubat-ubatan juga hendaklah mematuhi peraturan ini.

PERINGATAN
i. Jika tidak tahu menggunakan tandas dalam pesawat, sila bertanya kepada anak kapal (pramugara atau pramugari).
ii. Jangan sama sekali limpahkan air di lantai tandas kapal terbang.
iii. Jika terlibat waktu solat dalam penerbangan, lakukan solat menghormati waktu. Jangan tinggalkan solat. Jemaah haji yang sedia ada wuduk boleh laksanakan solat di tempat duduk.
iv. Miqat bagi jemaah haji terus ke Makkah ialah Qarnul Manazil atau Yalamlam.



0 comments