Kuota Haji Tahun 2015 Kekal

SEPANG | Kuota haji Malaysia bagi tahun ini kekal sebanyak 22,320, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Beliau berkata, pengekalan jumlah kuota berkenaan dimaklumkan Menteri Haji Arab Saudi, Dr Bandar Hajar selepas mesyuarat bersama menteri-menteri haji semalam.

"Kerajaan Arab Saudi mengekalkan jumlah pengurangan 20 peratus kuota haji yang mana kuota haji negara kekal 22,320.

"Ini kerana kerja pembesaran dan penambahbaikan Masjidil Haram masih berjalan dan hanya dijangka siap tahun depan," katanya pada sidang media di sini sebentar tadi sebaik tiba dari Jeddah.

Kuota haji Malaysia tahun ini dan tahun lalu kurang 20 peratus daripada kuota asal iaitu 27,900 jemaah.

Sumber: BHarian

0 comments