Lapangan Terbang Antarabangsa KAAIA Jeddah


URUSAN: Pemeriksaan Imigresen dan Kastam.

1. Sebaik pesawat mendarat, jemaah haji dilarang bangun daripada tempat duduk kecuali setelah menerima arahan anak kapal.

2. Sebelum keluar pesawat, periksa tempat duduk. Pastikan tidak ada barangan yang tertinggal.

3. Beratur dan jangan berebut-rebut ketika keluar dari pesawat.

4. Jemaah haji akan dipandu masuk ke dewan ketibaan.

5. Beri perhatian kepada penerangan yang diberikan oleh petugas TH.

6. Sempurnakan dahulu solat fardu (jika masih ada waktu atau Qada’ jika telah luput waktu).

7. Sewaktu berehat pihak berkuasa lapangan terbang akan memeriksa pasport dan menampal stiker bar-code.

8. Jemaah haji akan bergerak ke kaunter pemeriksaan Imigresen. Urusan ini agak perlahan dan pohon bersabar.

9. Jemaah haji hendaklah menyerahkan pasport kepada pengawai Imigresen hagi urusan pendaftaran dan pasport akan diserahka kembali kepada jemaah haji.

10. Bagasi jemaah haji disusun oleh pekerja ground handling Syarikat Penerbangan di kawasan pengumpulan bagasi.

11. Jemaah haji hendaklah mengambil bagasi masing-masing dan membawanya ke mesin x-ray tanpa menunggu suami, isteri atau keluarga bagi mengelakkan kesesakan di kawasan pengambilan bagasi.

12. Jemaah Haji diminta untuk memberi kerjasama kepada pegawai Kastam bagi mempercepatkan urusan pemeriksaan. Pihak berkuasa Arab Saudi berhak merampas segala barang-barang larangan.

13. Bagasi yang telah diimbas oleh mesin x-ray dibawa bersama ke kaunter Kementerian Haji untuk pemeriksaan pasport, penampalan stiker dan kaunter tiket bag. Sila serahkan pasport kepada pegawai bertugas.

14. Tiket bas dilekatkan dalam pasport dan serahkan semula kepada jemaah haji.

15. Selepas menerima pasport, jemaah haji hendaklah keluar dari pintu yang ditetapkan di mana petugas Wakil Bersatu menunggu untuk semakan akhir pasport.

16. Pekerja Lapangan Terbang akan mengambil beg-beg besar untuk dimasukkan ke dalam ‘troli’. Beg sandang yang mengandungi barangan berharga dibawa sendiri oleh jemaah haji.

17. Jemaah haji akan dibawa berjalan kaki ke tempat rehat Jemaah Haji Malaysia.

PERINGATAN
i. Kunci bagasi hendaklah dipegang oleh setiap jemaah.
ii. Urusan pemeriksaan Imigresen, pemeriksaan Kementerian Haji, pemeriksaan Kastam dan tiket kenderaan (bas) pada kebiasaannya mengambil masa antara 1 hingga 3 jam.

Kawasan Menunggu Di Terminal Luar (KAAIA JEDDAH)

URUSAN: Berehat, Menerima Sajian Makanan, Peruntukan Maktab dan Urusan Menaiki Bas ke Madinah/Makkah.

1. Setibanya di kawasan rehat, jemaah haji hendaklah menyerahkan pasport kepada petugas TH untuk pengesahan kehadiran. Jemaah haji lelaki dan wanita diasingkan.

2. Antara kemudahan yang disediakan di kawasan rehat ini ialah:

  • Tandas lelaki dan wanita Restoran
  • Kedai-kedai
  • Klinik TH (pesakit luar)
  • Kemudahan telefon awam
  • Tempat solat berjemaah 



3. Jemaah haji tidak digalakkan keluar dari kawasan berehat kecuali ke tandas atau ke kedai membeli makanan dan minuman.

4. Bagasi besar akan disusun mengikut nombor bas di tempat yang dikhaskan. Untuk mengetahui nombor bas, sila lihat stiker bilik yang ditampal di belakang lencana (Pengenalan Jemaah Haji).

5. Jemaah haji diminia memastikan bagasi besar telah diletakkan di kawasan bas yang betul. Jika bagasi tidak dijumpai sila buat aduan kepada petugas TH bertugas dan bagasi yang masih tidak bertulis nama, alamat dan KT hendaklah ditulis dengan jelas.

6. Pengumuman melalui pembesar suara akan dibuat oleh TH sebaik urusan menaiki bas dimulakan.

7. Jemaah haji akan dipanggil untuk menaiki bas berdasarkan nombor bas mulai dari no. 1 hingga 10.

8. Jemaah haji diminta beratur mengikut barisan lelaki dan wanita dengan memegang pasport masing-masing.

9. Petugas TH atau petugas Wakil Bersatu akan memandu arah bakal-bakaI haji secara berkumpulan ke tempat bas.

10. Sebelum menaiki bas, pasport diserahkan kepada petugas WakiI Bersatu yang menunggu di pintu masuk.

11. Bagasi besar akan dibawa oleh petugas Wakil Bersatu dari tempat rehat dan disusun atas bas.

 12. Bas akan bergerak ke Makkah atau Madinah sebaik selesai urusan penyediaan dokumen perjalanan dan diiringi oleh penunjuk jalan (Murshid) bukan petugas TH.

13. Agihan sajian makanan diedarkan di dalam bas.

PERINGATAN
i. Elakkan membawa beg sandang ke dalam bilik tandas kerana dikhuatiri tertinggal.
ii. Jemaah haji dinasihatkan tidak meninggalkan kawasan rehat kerana dikhuatiri tersesat atau ketinggalan bas.

0 comments