Thursday, February 7, 2013

Di Makkah


PANDUAN: Ketibaan dari Jeddah/Madinah.

1. Jangan turun dari bas sebelum mendengar taklimat dan arahan dari Petugas Tabung Haji (ikut arahan Petugas TH/Petugas Muassasah).

2. Menginap di bilik yang diperuntukan sahaja. Jika belum ada nombor bilik, sila jumpa Petugas TH (Lelaki dan Perempuan akan ditempatkan di bilik berasingan).

3. Bawa beg kecil sahaja manakala bagasi besar akan diuruskan oleh petugas Muassasah hingga ke bilik.

4. Berehat di bilik masing-masing kerana petugas Muassasah akan menghantar makanan ke bilik-bilik.

5. Jika berlaku kehilangan barang-barang, sila lapor segera kepada petugas TH.

6. Tunggu di bilik masing-masing sehingga diberitahu oleh petugas TH bagi urusan Tawaf dan Sa’ie.

7. Sepanjang masa berada di Makkah, TH menyediakan makanan tengahari dan malam.

URUSAN: Sajian Makanan.

1. Pengagihan sajian makanan adalah secara bungkusan (pack).

2. Jemaah haji dinasihatkan supaya mengambil makanan kadar sebungkus seorang sahaja.

3. Waktu edaran sajian seperti berikut:

  • Minum pagi:

Tabung Haji tidak menyediakan sarapan pagi. Sebagai ganti, pemanas air, uncang teh, gula dan susu disediakan mengikut kumpulan jemaah dan kesesuaian bilik.

  • Makan tengahari: 11.30 pagi - 12.30 tengahari
  • Makan malam: 6.30 petang - 7.30 malam


Nota: Waktu sajian akan berubah mengikut keadaan.

4. iiiaahhaji diminta supaya sentiasa bersabar semasa mendapatkan ikanan dan mengikut arahan anggota petugas.

5. Jemaah haji sentiasa diminta menjaga kebersihan. Sisa-sisa makanan hendaklah dibuang ke dalam tong sampah yang disediakan.

6. Jemaah haji hendaklah membaca poster-poster penerangan sekiranya berlaku perubahan atau penerangan semasa. 

No comments:

Post a Comment