Pok Ya Cong Codei Gi Mekah

KUALA LUMPUR | Pe­ngarah dan pelakon Sabri Yunus bakal muncul de­ngan drama bersiri Pok Ya Cong Codei selepas telefilem­nya yang disiarkan di saluran Astro Citra Exclusive dan Mustika HD pada 20 Januari lalu menjadi tular dalam kalangan peminat.

Kata Sabri, 57, populariti dalam te­lefilem itu juga memberi limpahan rezeki apabila beliau banyak menerima tawaran termasuk daripada sebuah agensi umrah yang menawarkan untuknya mengerjakan ibadah umrah.

Lebih istimewa, katanya, tawaran itu hadir dengan menawarkan beliau untuk menginap di Hotel Concorde Mekah dan Madinah.

“Alhamdulillah, saya sendiri tidak sangka telefilem Pok Ya Cong Codei diterima begitu hebat seperti ini. Jadi untuk itu saya akan kembali dengan drama bersiri dan Pok Ya Cong Codei versi ta­yangan Hari Raya Aidilfitri.

“Bagi peranca­ngan versi drama pula, ia akan disiarkan seba­nyak 13 episod. Bagaima­napun, se­galanya masih dalam perancangan kerana buat masa ini saya dalam pro­ses menghasilkan Pok Ya Cong Codei untuk sia­ran Aidilfitri,” ujarnya ketika ditemui di Studio TVKos­mo! selepas sia­ran langsung program bual bicara Jangan Ingat Kami Tak Kisah semalam.

Sumber: Kosmo

0 comments