TH Lulus 19 Syarikat PJH Tawar Pakej Haji Tahun Ini

KUALA LUMPUR | Lembaga Tabung Haji (TH) meluluskan 19 syarikat pelancongan tempatan sebagai Pengelola Jemaah Haji (PJH) bagi menawarkan perkhidmatan pakej haji bagi musim haji 1439H/2018M.

Mereka yang telah menerima surat tawaran untuk menunaikan haji tahun ini dan berhasrat menggunakan perkhidmatan pakej haji disarankan menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan hanya oleh PJH.

“Mana-mana individu atau agensi pelancongan yang menawarkan perkhidmatan pakej haji tanpa memperoleh kelulusan daripada TH adalah satu kesalahan.

“Ia boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535),” kata TH dalam kenyataan di sini hari ini.

Sehubungan itu, TH meminta orang ramai supaya sentiasa berhati-hati dan mengambil langkah berjaga-jaga kerana TH tidak pernah melantik mana-mana individu perseorangan untuk menjadi perantara, orang tengah atau ejen dalam hal-hal berkaitan tawaran haji dan pakej haji.

Senarai PJH yang menerima lesen daripada TH boleh diperoleh dari mana-mana Cawangan TH atau melayari laman sesawang TH di http://www.tabunghaji.gov.my atau menghubungi Pusat Panggilan Tabung Haji talian 03-6207 1919.

Sumber: Mynewshub

Senarai syarikat yang terlibat ialah:

1. TH Travel & Service
2. Alif Travel & Tours
3. Andalusia Travel & Tours
4. Ash-har Travel & Tours
5. Batuta Travel & Tours
6. C.S Holidays
7. Citra Travel & Tours
8. Felda Travel
9. Gemilang Travel and Tours
10. Juara Travel & Tours
11. Masamas Travel & Tours
12. MKM Ticketing Travel & Tours
13. Rayhar Travels
14. Syarikat Pelacungan Yaskin
15. TM Tours & Travel
16. Touch Me Travel & Tours
17. Utas Travel & Tours Worldwide Holidays
18. Wira Saujana Travels & Tours
19. Zahafiz Travel & Tours

0 comments